‘Mama sangat bangga, terima kasih semua…’ Datin Anne Ngasri dedikasi kejayaan anak dalam SPM, penampilan dua beranak raih pujian!

BARU dua hari berlalu selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan. Ramai yang memuat naik result masing-masing di media sosial baik selebriti mahupun orang biasa.

Perkongsian Datin Anne Ngasri tidak terkecuali dalam meraikan keputusan anak sulungnya, Abdul Warits.

Baca ni Datin Anne Ngasri akui anak pencetus belajar masak, suami pendorong aktif politik. ‘Memasak ibarat terapi dan me time saya…’

“Alhamdulillah Syukur padaMu Ya ALLAH. Mama sangat bangga dengan result SPM Warits.

“Terima kasih kepada semua yang ada saat perjalanan membesarkan @imwarits terutamanya Papa Sumali, keluarga, guru-guru hebat serta sahabat-sahabat terutama teman-teman Warits yang mendorong kejayaannya….

Iklan
Iklan

“Turut terharu melihat kejayaan anak-anak lain juga. Terima kasih atas doa semua.” ungkap Anne menerusi kapsyennya di Instagram miliknya.

Baca juga ‘Nampak sebaya, mama muda jelita macam budak sekolah.’ Datin Anne Ngasri hadiri solat hajat anak ambil SPM jadi perhatian!

Menjengah ke ruangan komen, selain ucapan tahiah oleh pengikutnya, ada juga yang turut memuji penampilan dua beranak itu yang dikatakan seperti kakak dan adik. Memang awet muda betul Anne, kan!

‘Alhamdulillah anak sulung mama contoh buat adik-adik.’

‘Alhamdulilah.Tahniah buat Datin Anne dan Datuk Sumarli atas kejayaan anakanda.’

Baca juga 3 tahun ambil masa pulihkan diri, ini nasihat Anne Hathaway buat wanita selepas melahirkan anak

‘Anakmu yang dapat result aku yang memulas perut. Tahniah warits dan mama. Selamat melangkah ke menara gading.’

‘Tahniah mama & son dua-dua comel.’

‘Alhamdulilah…tinggi anak bujangnya dari mama nya… Allahuakbar besar dah ye.’

‘Cantik nya…awet muda.’

‘Masya- ALLAH cantiknya mama ❤️ macam adik dan kakak je.’

‘Mak nya tetap cantik dari kecik hingga kini.

‘Tahniah dah macam kakak dengan adik mama nya nampak muda.’

Untuk rekod, Anne Ngasri pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Wafi Hassan pada 26 Mei 2006 pada usia 22 tahun dan berpisah pada 25 Jun 2010.

Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afrozah.

Pelakon dan penerbit berumur 39 tahun itu kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan ahli politik Datuk Mohd Sumali Reduan pada 22 Disember 2012.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Sufi Harraz dan Nefa Naura.

Sumber: Instagram annengasri_official

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

14 hours ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

15 hours ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

18 hours ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

19 hours ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

20 hours ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

1 day ago