RAKYAT Malaysia ni kalau bab makan mesti pantang, pantang tak cuba! Mesti nak rasa je kerjanya.

Macam sekarang ini, sakan sana sini orang jual soft cookies pakej sekali dengan air susu dan ais. Bukan untuk diminum sahaja tau susunya itu, tetapi untuk dicelup biskutnya!

Kalau sebut tentang cookies, mesti kita terbayang struktur biskut yang rapuh dan manis kan? Tetapi lain pula dengan soft cookies ini yang mana ia lebih lembut dan sedikit chewy. Malah, saiznya juga dibuat sedikit besar berbanding cookies biasa.

Selain rasanya yang manis, ditambah pula dengan adanya coklat, pasti ada yang bimbang bab gula, kan.

Kalau teringin sangat nak makan soft cookies ini, tetapi ikut kemanisan tekak sendiri, apa kata buat sendiri je ikut resipi dari Azlina Ina Fans ni! Sememangnya menjadi tau.

Jom cuba!

Resipi Soft Cookies

Bahan-bahannya:

250g @ 1 cawan pure butter salted
200g @ 1 1/2 cawan gula perang
100g @ 1/2 cawan gula castor
1/2sb soda bikarbonat
1sk baking powder
400g @ 4 cawan tepung gandum cap ros (mak tak ayak pun ok je kejadian dia)
200g @ 1 cawan coklat callebout
baking paper untuk bakar

Cara-caranya:

1. Cairkan butter hingga naik buih putih seperti dalam gambar ini, matikan api.

2. Satukan gula perang dan gula castor ke dalam mangkuk, tuang butter yang telah dicairkan tadi dan masih panas ke dalam mangkuk yang sama. Kacau laju hingga sebati.

3. Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam adunan tadi. Kacau rata.

Baca juga: Menyegarkan! Hampir 1,000 share resipi Agar-Agar Limau Mandarin viral, buat cara ini baru elok kejadiannya

Baca juga: Resipi warisan hampir 50 tahun, mi sup daging ikonik dengan sentuhan tradisi Malaysia

Baca juga: Resipi Ayam Masak Bawang stail mamak enak menyelerakan. Mudah rupanya, rugi tak cuba!

4. Kemudian, masukkan soda bikarbonat, baking powder dan tepung gandum ke dalam adunan, kacau laju sehingga adunan jadi likat.

5. Ketepikan sebentar adunan tersebut, tunggu hingga sejuk sebelum masukkan coklat callebout.

Iklan

6. Bila dah sejuk, masukkan coklat callebout dan gaul rata. Boleh jika nak uli guna tangan.

7. Masukkan adunan ke dalam chiller selama 10 minit supaya mudah dibentuk dan dibulatkan nanti.

8. Keluarkan, timbang adunan 50g kemudian letak atas tray beralas baking paper. Bulatkan dan boleh hiaskan dengan coklat di atasnya. Satu adunan ini boleh dapat lebih kurang 20 keping biskut.

Iklan

9. Bakar biskut pada suhu 170 hingga 180 selama 23 hingga 24 minit. Jika guna oven industri boleh set suhu 170 atas bawah masa selama 18 minit.

10. Siap! Tunggu biskut sejuk dan selamat menjamu selera.

Haa senang kan? Buat sendiri ni bukan sahaja boleh kawal gula, malah boleh jimat tau dari beli kat luar sana. Barulah satu famili boleh rasa!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!