Ngopi sambil healing tepi pantai, ini keunikan Kopi Camping di Kemaman, Terengganu. Kena cuba soft cookies rare!

DAPAT menikmati secangkir kopi sambil healing tepi pantai memang satu nikmat yang sukar untuk didustakan buat peminat kafein.

Apatah lagi, dijamu dengan pelbagai menu enak dan rare yang mungkin jarang ada di tempat lain membuatkan masa kalian bersama famili dan bestie begitu berharga.

Itulah keistimewaan yang ditawarkan Kopi Camping yang terletak di DITC Pantai Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu.

Malah, lokasi tersebut satu-satunya tarikan camping plus piknik di daerah seluas 2,535 kilometer persegi yang kini menjadi persinggahan ramai terutamanya hujung minggu.

Iklan
Iklan

Kongsi seorang pengguna TikTok, Iylia Nordin, beliau sendiri tak menyangka terdapat port ngopi yang rare di kawasan Kemaman yang terkenal dengan keindahan pesisiran pantai.

“Sebab kalian boleh ngopi dalam campsite, sambil healing tengok pantai. Memang bestlah view.

“Gerai-gerai di sana berkonsepkan klasik dan pelbagai jenis makanan dan kopi dijual kepada pengunjung,” ceritanya.

 

Paling mencuri tumpuan katanya, soft cookies viral antara hidangan paling laku keras selain seleksi kopi.

“Kalian kena datang sini dan cuba semua. Even jauh masuk ke sini, tapi alhamdulillah perjalanan memang berbaloi.

Baca juga Beli kopi, dapat surat & madah cinta. Konsep Kafe Kebun Puisi dapat sambutan bukan ‘kaleng-kaleng’

“Terutamanya buat anda yang sememangnya kaki healing dan coffee hunter. View dan lokasi pun best untuk buat OOTD,” katanya lagi.

Untuk kalian yang merancang untuk berlibur ke Terengganu, apa kata singgah ke DITC Pantai Teluk Kalong untuk rehatkan diri.

Baca juga Rambang mata usha aneka pilihan Anastasia Dessert, manisan premium anak jati Perlis terpaling laris sambil lepak tepi pantai

Kawasan tersebut dibuka bermula jam 2 petang hingga 11 malam dan terdapat pilihan gerai makanan dan minuman signatur lain daripada lain.

Kopi Camping
Alamat: DITC Pantai Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu
Waktu operasi: 2 petang hingga 11 malam
Facebook: Kopi Camping
Instagram: @kopicampingmalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

11 hours ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

12 hours ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

15 hours ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

15 hours ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

17 hours ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

1 day ago