MEMANG tak boleh disangkal lagi, Melaka antara pilihan destinasi pelancongan domestik popular di negara ini.

Banda Hilir misalnya, antara tempat riadah wajib disinggahi kaki jalan setiap kali cuti hujung minggu atau musim perayaan.

Selain kaya dengan kesan peninggalan zaman perang yang masih utuh, bandaraya bersejarah itu juga mempunyai tarikan tempat makan yang best.

Mana tidaknya, Melaka tersenarai antara ‘Syurga Makanan’ Terbaik di Asia Tenggara pada kedudukan tangga ketujuh oleh Statista dan booking.com.

melaka

Meskipun terpaksa bersesak-sesak dan beratur panjang semata-mata nak naik cruise atau Menara Taming Sari atau nak beli makanan viral, namun semua itu satu pengalaman bermakna buat anda yang suka berjalan.

Satu berita baik buat kalian yang merancang untuk bercuti ke sana, jangan lepaskan peluang untuk merebut tiket masuk percuma yang ditawarkan hanya untuk sehari jer.

 

Sempena sambutan Hari Terbuka Negeri Melaka pada 20 Februari ini, 10 produk pelancongan akan dibuka tanpa sebarang caj tiket masuk.

Menurut kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kepada media baru-baru ini, tawaran istimewa itu juga sempena Hari Memperingati Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

melaka

Pelancong juga boleh menikmati kemudahan tempat letak kereta secara percuma di bawah pengawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu.

Lagi syok, satu acara khas memperingati Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu akan dianjurkan di Banda Hilir dengan perarakan bukan kaleng-kaleng.

Selain lakonan babak ketibaan Tuanku Abdul Rahman di hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan pada jam 4 petang, kereta ikonik dengan nombor pendaftaran M4442 juga akan diarak bersama.

melaka

Jika mengikut itinerari yang disusun cantik, pembacaan watikah kemerdekaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diandakan diikuti dengan bacaan yasin dan tahlil.

Program pada malam pula dimeriahkan dengan Malam Aneka Warna menampilkan persembahan teater muzikal bertajuk Di Atas Runtuhan Kota Melaka Kita Dirikan Negara Baru di perkarangan Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka.

Berikut 10 lokasi dibuka secara percuma yang boleh kalian singgah:

melaka

1. Melaka River Cruise
– Sebanyak 15 bot disediakan di tiga jeti iaitu Jeti Pengkalan Rama, Jeti Taman Rempah dan Jeti Muara.

2. Menara Taming Sari
– Dibuka pada jam 9 pagi hingga 5 petang.

melaka

3. Zoo Melaka
– Dibuka pada jam 10 pagi hingga 5 petang.
– Menggunakan sistem`first come first serve‘, jadi pastikan datang awal.

4. Balai Cerap Al-Khawarizmi
– Dibuka jam 9 pagi hingga 5 petang.

Baca juga Masih guna kayu api untuk memasak. Piza Oven Kayu, Gila Kambing Bakar menu tambatan Cafe Markisa di Melaka

Melaka

5. Melaka Wonderland & Themepark
– Dibuka pada jam 6 petang hingga 10 malam.

Iklan

6. Taman Laut Negeri Melaka
– Percuma untuk kos aktiviti menyelam sahaja.

7. Lima kelab golf di Melaka
– Percuma untuk green fee.

melaka

8. Muzium Penjara Malaysia Melaka
– Dibuka pada jam 9 pagi hingga 5 petang.

9. Malaysia Heritage Studios
– Dibuka pada jam 10 pagi hingga 6 petang.

Baca juga Dekorasi interaktif dan katil lengkap dengan gelongsor, pilihan homestay mesra kanak-kanak di kota Melaka ini jadi rebutan

melaka

10. 21 muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
– Dibuka pada jam 9 pagi hingga 5 petang.

Iklan

Wow! Nampaknya Melaka bakal diserbu orang ramai pada hari istimewa tersebut.

Sudah tentunya Zoo Melaka, Malaysia Heritage Studios, Muzium Penjara Malaysia Melaka dan Melaka Wonderland & Themepark antara lokasi laku keras nanti.

melaka

Pastikan kalian yang merancang nak memeriahkan program di sana, plan perjalanan dengan teliti supaya tak terkandas dalam kesesakan lalu lintas.

Kalau nak staycation di sana, jangan lupa intai promosi trip.com untuk harga lebih berbaloi.

Okey, selamat bercuti.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang