SESUAI dengan namanya, Jelita Aesthetic yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor itu merupakan satu-satunya pusat rawatan kecantikan dengan kombinasi rona merah jambu terang dan rimbunan bunga material plastik.

Wow! Pinknya. Itu luahan penulis tatkala menjejakkan kaki ke spa milik Dayang Masniah Awang Julai.

Baca ni ‘Muka gangster’ Muhammad Mikhael Sathayah naik pelamin, tema merah jambu jadi perhatian. ‘Saya terima nikahnya Murni Azwa…’

spa

Konsep dekorasi tersebut diterapkan hampir di segenap ruang spa, bermula dari tangga luar sehingga ke dalam spa. Cukup feminin dan pastinya membuatkan kaum Hawa yang gemarkan rona tersebut tersenyum suka.

Tatkala ditemu bual berkenaan spa miliknya itu, Dayang Masniah atau mesra disapa Nia mengakui cukup menggemari konsep tersebut.

“Bisnes spa menjadi pilihan kerana saya memang minat dalam bidang kecantikan dan suka mencantikkan orang lain dengan hasil kerja tangan sendiri.

Baca juga ‘Cantiknya syurga dunia.’ Video house tour rumah konsep terbuka Zamarul Hisham & Diana Rafar bikin ramai teruja!

Jelita Aesthetic

“Konsep merah jambu dengan rimbunan bunga menjadi pilihan kerana pada saya, ia dapat menghidupkan suasana yang tenang, romantik dan membantu memberi aura positif sepanjang pelanggan membuat rawatan di sini,” ujar anak kelahiran Sarawak itu lagi.
Jujur empunya diri turut mengakui seorang yang romantik dan pemilihan bunga adalah sesuatu yang sinonim dengan sifat wanita yang sukakan kelembutan, manja dan feminin.

Jelita Aesthetic 5

Baca lagi Cantiknya! Guna elaun deko kelas ala kafe supaya murid seronok belajar jadi inspirasi, pengorbanan Cikgu Tarmizi raih pujian ramai

“Saya percaya semua wanita sukakan bunga kerana ia melambangkan romantis, cinta, ketenangan. Aura bunga juga dapat meningkatkan semangat kita,” ulas Nia lagi.
Berbicara lanjut mengenai pemilihan nama Jelita Aesthetic, ini jawapan tuan punya badan: “Jelita bermaksud cantik dan menawan.

“Saya percaya pasti semua golongan wanita di luar sana sukakan kecantikan. Apatah lagi mendapat layanan bak ratu bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Jelita Aesthetic 1

Baca juga Dekorasi hadiah simple untuk guru tersayang, guna tiga bahan mudah. Gerenti boleh cairkan hati mereka

“Justeru, saya mahu, setiap pelanggan yang datang ke sini, selepas membuat rawatan, pasti balik dengan wajah yang jelita, ujarnya lagi.

Spa yang bertemakan bunga sakura itu juga dekat di hati Nia. Manakan tidaknya, daripada pemasangan sehingga siap, beliau yang melakukannya sendiri.
“Untuk keseluruhan spa ini, saya menggunakan 10,000 kuntum bunga sakura manakala bunga ros pula sebanyak 5,000 kuntum.

“Setiap satu dibuat sendiri (DIY), sebab itu saya enggan menukar konsep atau kedudukannya kerana ia akan memakan masa untuk membuka satu persatu. Sementelah ia membabitkan kos yang tinggi,” ujarnya lagi.

Jelita Aesthetic 2

Iklan

Elegan dan mewah
SinarPlus turut dibawa ke setiap ruang yang tersedia di dalam pusat rawatan berkenaan. Kata Nia, bagi menyuntik keselesaan ketika pelanggan yang menjalani rawatan, ruang di dalam spa dibahagikan kepada beberapa bahagian utama.

Melangkah masuk ke ruang depan, tersedia sofa rona senada yang elegan dan mewah menyambut pelanggan yang berkunjung ke situ.

Baca lagi Rumah flat tapi dekorasi macam kondominium, ibu muda ini bijak buat ruang nampak mewah

Jelita Aesthetic 4

Ruang berkenaan sehingga ke bahagian siling dipenuhi bunga-bungaan nuansa merah jambu.

Sementara di sebelah sofa berkenaan, tersedia sudut merawat rambut. Beliau turut menyediakan ruang rawatan wajah dan kepala (head spa) atau lebih dikenali sebagai head spa japaness style yang kian diminati masa kini.

Jelita Aesthetic 3

Iklan

Rawatan head spa ini bermula dengan urutan kulit kepala yang cukup menenangkan. Malah, ia antara rawatan yang kian mendapat tempat di hati pelanggan sekarang.

“Kebanyakan pelanggan yang berkunjung ke sini adalah mereka yang mengalami masalah sakit kepala selain mahu mengurangkan tekanan.

“Pada masa sama, rawatan ini juga membantu melancarkan peredaran darah, merawat rambut gugur dan kegatalan serta banyak lagi,” ulas Nia merancang untuk membuka lebih banyak cawangan pada masa akan datang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!