REKA bentuk lebih unik dengan spesifikasi dipertingkatkan! Nubia Z60 Ultra menjadi antara pilihan peranti baharu selepas diperkenalkan untuk pasaran lokal baru-baru ini.

Jenama itu dalam web rasmi mendedahkan, fitur baharu tersebut dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X hingga 16GB.

“Kelebihan tersebut memberi storan dalaman lebih pantas dengan UFS 4.0 dalam kapasiti hingga 512GB, sekali gus memastikan setiap interaksi berjalan lancar.

“Kehebatan teknologi diperkukuhkan lagi dengan sistem pintar, Syncmind 6.0 yang mampu meningkatkan kecekapan dan menyesuaikan keperluan pengguna dari masa ke masa,” menurut label tersebut.

NUBIA Z60 ULTRA

Berikut antara lain spesifikasi Nubia Z60 Ultra:

  • Memiliki tetapan trikamera belakang dengan sensor utama IMX800 50MP OIS (35mm), 50MP ultra lebar (18mm) dan 64MP telefoto (85mm).
  • Sensor 12MP untuk ciri swafoto yang diletakkan di bawah skrin UDC yang dikuasakan dengan cip kecerdasan buatan.

Baca juga Bidikan kamera lebih ‘powerful’ dengan jenama ini, ramai teruja nak cuba

 

Baca juga Hasilkan foto berkualiti walau dalam cahaya malap. Telefon pintar Sony Xperia 1V 2 kali ganda lebih baik

NUBIA Z60 ULTRA

  • Dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.8 inci dengan paparan 120Hz.
  • Disokong PWM pemalapan cahaya 2160Hz, kadar persampelan sentuhan 1200Hz dan kecerahan puncak 1500 nits.

Baca juga Pengecas telefon magnetik ultralaju. Ini 4 model rekomendasi untuk dibeli, memang berbaloi

NUBIA Z60 ULTRA

Iklan
  • Kapasiti bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.

Lebih menarik, Nubia Z60 Ultra turut ditambah baik dari segi penarafan kalis air dan antidebu, selain sistem penyejukan gred aeroangkasa serta sistem operasi MyOS berasaskan Android 14.

NUBIA Z60 ULTRA

Ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan perak pada harga bermula RM3,499 (12GB + 256GB) dan RM4,299 untuk 16GB + 256GB.

Iklan

Tawaran nilai lebih rendah iaitu RM2899 untuk 12GB + 256GB dan RM3499 (16GB + 256GB) sempena kempen pelancaran yang berlangsung hingga 24 Januari ini. Untuk info lanjut, layari https://intl.nubia.com/.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang