MEMILIKI kulit cantik dan menawan menjadi dambaan setiap orang baik wanita mahupun lelaki.

Memasuki tahun baharu, pasti ada azam yang anda sematkan di dada. Nak lebih berketrampilan dan tampak menarik, kan?

Bahkan ada yang menjadikan idola mereka sebagai inspirasi terutama dalam bab kecantikan. Sedangkan mereka tidak sedar bukan semua sesuai dengan penampilan  terutama wajah orang Asia.

Hanya kerana mahu tampil persis idola K-Pop misalnya, anda abaikan segala-galanya termasuklah implikasi yang bakal berlaku pada wajah anda.

Baca ni ‘Nampak sebaya, mama muda jelita macam budak sekolah.’ Datin Anne Ngasri hadiri solat hajat anak ambil SPM jadi perhatian!

che hafiz

Menerusi perkongsian oleh pengasas klinik estetik, Regalion Clinic, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, pakar perubatan itu mengakui ada kes-kes yang dilaporkan di media sosial kebanyakannya membabitkan komplikasi buruk, kesan daripada salah pilih rawatan.

“Antara kes yang dilaporkan yang mana mangsa melakukan prosedur seperti suntikan filler, Iv drip atau Rawatan Titisan Intravena untuk  kulit putih. Bukan itu sahaja, ada banyak lagi prosedur suntikan jenis lain pada muka yang dilakukan semata-mata untuk tampil menarik.

“Masyarakat Malaysia harus  sedar bahawa perkara sebegini dapat kita elakkan dengan  baik dan boleh diatasi pada masa akan datang.

Justeru, beliau berkongsi lima trend kecantikan yang boleh dipraktikkan:

Baca juga Nak kulit wajah sihat, cantik. Bukan sekadar wang tapi kena rajin. Amalkan 3 basic utama dulu

cantik

Mekap tidak tebal atau minimalis

  • Kebergantungan atau kekerapan memakai mekap selalu juga tidak elok untuk kulit wajah. Kita  juga perlu memberi ruang untuk kulit wajah bebas sekejap dari memakai make up.
  • Sesetengah mekap yang dipakai juga berkemungkinan mengandungi  bahan-bahan kimia yang bahaya dan memberi alahan kepada kulit.
  • Justeru katanya, masyarakat kena sentiasa berdisiplin dan konsisten dalam menjaga kulit wajah dengan betul.
  • Apabila kulit  sihat maka dengan  tersendirinya akan nampak berseri dan cerah.  Ini memberi lebih keyakinan untuk seseorang tampil tanpa  memakai mekap apabila  keluar  di khalayak ramai.
mekap
Gambar sumber PEXELS

 Penjagaan kulit unisex atau universal

Iklan
  • Penjagaan kulit wajah dengan baik dan betul bukan sahaja digalakkan untuk golongan wanita sahaja malah kini golongan lelaki juga tidak tercicir.
  • Mungkin kalau sebelum ini lelaki lebih malu-malu jika kawan mereka tahu kalau terlalu  rajin dan kadangkala mengalahkan kaum wanita dalam bab menjaga kulit wajah.
  • Bukan sesuatu  yang asing dan perkara yang untuk dimalukan lagi kerana kulit merupakan organ yang penting untuk setiap manusia.
  • Ia menjadi satu tanggungjawab dan amanah  untuk menjaga kulit dengan baik. Jadi sama-samalah kita baik lelaki atau perempuan untuk menjaga nya.

Glow healthy body skin

  • Sebenarnya masih ramai lagi mereka di luar sana yang hanya fokus untuk menjaga kulit di bahagian wajah sahaja tanpa menghiraukan kulit di bahagian lain seperti badan. Warna tona kulit tidak sekata sangat jelas dilihat.
  • Perkara sebegini sering terjadi sehingga disyaki mengalami masalah  kulit.
  • Justeru, jangan lupa juga untuk menjaga kulit di bahagian lain sekurang-kurangnya memilih sabun mandi yang sesuai, memakai pelembap atau serum tertentu yang mengikut kesesuaian kulit.
mekap 1
Sumber gambar PEXELS

Baca juga ‘Suami pendorong, bimbing & lorongkan jalan…’. Julia Farhana tampil berhijab sepenuhnya, jadikan Bella Dally idola berfesyen!

Cantik Luaran sihat dalaman

  • Semua orang pun mahu sentiasa kelihatan cantik, kacak, segak  dan kemas dengan cara masing-masing.
  • Pun begitu, masih ada lagi mereka yang  memilih jalan singkat untuk nak cepat kulit jadi putih atau hilang jeragat dan parut jerawat tanpa memikirkan kesan jangka masa Panjang.
  • Pemilihan prosedur yang salah boleh memudaratkan kesihatan dalaman badan seseorang. Antaranya, prosedur Whitening IV drip mengandungi kandungan yang berbahaya dan dos yang sangat tinggi untuk badan manusia sehingga boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada organ buah pinggang.
Mekap 2
Sumber gambar PEXELS

Baca lagi Usia dah 54 tahun, masih nampak awet muda, kulit tetap glowing, rupa-rupanya lemon suam & kolagen rahsia cantik Jennifer Aniston!
 Rutin penjagaan kulit  harian 

  • Pertama sekali seseorang  itu perlu tahu apa yang dimaksudkan dengan complete skin care yang mengandungi bahan-bahan seperti facial wash cleanser, toner , face moisturizer , dan sunscreen atau sunblock.
  • Boleh juga sebagai tambahan iaitu pakai serum wajah yang sesuai dengan kulit, masker dan scrub muka.
  • Kemudian anda juga perlu tahu bahawa bibir juga tidak terkecuali untuk terkena cahaya matahari. Oleh itu, pastikan ia turut dijaga supaya tidak menyesal jika timbul kesan penuaan seperti bibir menjadi gelap, kering dan merekah.
  • Boleh buat lip therapy dengan laser treatment kemudian sebagai maintainance pakai lip balm yang mengandungi kandungan penting seperti vitamin C ,vitamin E , Shea Butter , Hyaluronic acid dan lain-lain lagi sebagai pelindung kulit bibir anda.
Cantik 4
Sumber gambar PEXELS

Semoga tahun 2024 ini lebih ramai lagi masyarakat kita sedar akan cara yang lebih sesuai dan selamat dalam merealisasikan impian mereka untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat dan cantik.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang