SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama ada pihak sekolah mahupun pelajarnya.

Paling syok, anak murid dapat memberi aneka pilihan hadiah kepada cikgu tersayang sebagai tanda penghargaan atas jasa baik selama ini.

Tak kurang juga, ada dalam kalangan mereka sanggup membelanjakan duit raya semata-mata mahu membeli gift paling istimewa untuk tenaga pengajar berkenaan.

Bagi ibu bapa pula, tak usah pening kepala kerana Shopee banyak menawarkan banyak opsyen idea dan produk yang boleh dijadikan sebagai tanda ingatan kepada guru pilihan.

hari guru

Carian SinarPlus mendapati, kempen jualan sempena hari guru sudahpun berlangsung dan paling penting, tawaran yang diberikan cukup berbaloi.

Boleh rambang mata dibuatnya apabila ramai seller kreatif menawarkan produk jualan pada harga memang murah.

Berikut lima item paling praktikal dijadikan sebagai hadiah:

hari guru

1. Notebook
– Antara pilihan laku keras kerana harganya ditawarkan serendah RM1.50 hinggalah RM30.
– Ia bergantung kepada saiz, jumlah muka surat dan desain dalaman sama ada kertas kosong, bergaris satu, grid atau dot.

hari guru hari guru– Paling best, muka depan notebook sudah tersedia rekaan khas sempena hari guru.

hari guru

2. Canvas Pouch
– Jika pandai pilih, kalian boleh order bekas tempat alat tulis jenis canvas pouch untuk guru tersayang.
– Lebih 36 desain yang boleh anda pilih sama ada untuk warna hitam, putih, pink dan banyak lagi.

hari guru
– Harga ditawarkan bermula RM6 selepas diskaun 61 peratus.

 

3. Tote bag
– Nak lagi cun, apa kata para ibu pertimbangkan untuk pembelian tote beg yang sudah siap tulis ayat-ayat motivasi khas buat guru.

hari guru– Beg tersebut agak praktikal untuk digunakan sebagai salah satu aksesori ke sekolah atau shopping.

hari guru
– Bukan apa, saiz tote boleh digunakan sebagai beg tambahan untuk membawa perkakas sekolah yang digunakan untuk sesi pembelajaran.

Baca juga Dekorasi hadiah simple untuk guru tersayang, guna tiga bahan mudah. Gerenti boleh cairkan hati mereka

hari guru

Iklan

4. Gift set
– Kalau nak lagi gempak, kalian boleh pertimbangkan gift set yang lengkap dengan item comel.
– Antara gift set yang mencuri tumpuan seperti pakej coklat bersama patung dan botol minuman yang comel.

hari guru– Harga ditawarkan bermula RM15 bergantung kepada jenis pakej yang dipilih.

Baca juga Cikgu terima hadiah sayur, buah di majlis perpisahan, ramai tersentuh keikhlasan murid hargai guru

hari guru

5. Kipas portable
– Rasanya ini antara hadiah yang boleh dikatakan praktikal untuk guru.
Kipas mudah alih tanpa wayar boleh diletakkan di atas meja guru sebagai kecemasan jika berlaku gangguan bekalan elektrik.

hari guru
– Lagi satu, suhu panas juga boleh dikurangkan dengan adanya kipas comel tersebut.
– Harga paling murah adalah RM6.90 dan jika mahu set premium, nilai boleh dianggarkan bawah RM50.

hari guru

Iklan

Jadi, mana satu pilihan kalian? Banyak lagi hadiah yang boleh ditawarkan kepada guru tersayang jika anda rajin scroll semua item yang dijual di Shopee.

Okey! Selamat bershopping.

hari guru

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!