KEHEBATAN teknologi automotif masa kini memungkinkan segala-galanya. Ia termasuk reka bentuk dan konsep jentera tenaga elektrik (EV) yang semakin menuju ke arah futuristik.

Antara kriteria sofistikated yang menjadi idaman ramai seperti kapasiti bateri pengecasan pantas, skrin papan pemuka virtual reality, sistem audio dan ciri keselamatan lebih canggih.

TechRadar mendedahkan pengeluar jenama terkemuka dunia berlumba-lumba mahu menonjolkan misi masa depan pemanduan masing-masing pada Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2024 baru-baru ini.

 

Eksposisi berprestij tersebut menampilkan idea terbaik untuk mempersembahkan inovasi sebuah model modular komersial, seiring kemajuan robotik kecerdasan buatan.

Berikut lima label tersohor yang berjaya mencuri perhatian dunia dengan tawaran spesifikasi fitur baharu lain daripada lain:

EV futuristik

Honda ‘0 Series’

  • Keluaran: Honda Motor Co Ltd
  • Negara: Jepun

– Pengenalan konsep serba canggih untuk versi sedan, O Series Saloon menterjemahkan hala tuju reka bentuk menyeluruh Honda dalam teknologi EV.

– Desain pek bateri lebih nipis dan ringan, selain sistem bantuan pemanduan lebih bijak serta tahap keupayaan autonomi yang tinggi menjadi keutamaan mereka.

– Setakat ini, harga masih belum didedahkan lagi.

EV futuristik

Mercedes-Benz Concept CLA Class EV

  • Keluaran: Mercedes-Benz Group
  • Negara: Jerman

– Penampilan sulung model Concept CLA Class EV di CES 2024 meskipun sudah digembar-gemburkan sejak September lalu.

– Memiliki keupayaan jarak pemanduan 750 kilometer (km) dan mampu bergerak hingga 399km untuk 15 minit pengecasan.

EV futuristik

Baca juga Next-Generation Ford Everest khas untuk jiwa pengembara, tak perlu risau soal keselamatan jentera

– Harga dianggarkan bermula RM262,955, sekali gus menjadi saingan sengit untuk Tesla Model 3.

EV futuristik

– Lagi satu, sistem audio Mercedes-Benz MBUX Sound Drive antara ciri pintar yang menjadikan fitur baharu tersebut nampak mewah

EV futuristik

Kia PBV

  • Keluaran: KIA
  • Negara: Korea Selatan

– Memang di luar jangkauan imaginasi manusia apabila Kia memperkenalkan Platform Beyond Vehicles (PBV) yang terdiri daripada varian PV1, PV5 dan PV7.

– Menariknya, versi autonomi dengan teknologi Easy Swap menjadikan ia boleh bertukar kepada pembawa kargo, pejabat mudah alih atau kenderaan peribadi.

Iklan

– PBV dijangka mampu mencipta kategori mobiliti baharu untuk bandar pintar.

EV futuristik

Hyundai Loniq 5 e-Corner system

  • Keluaran: Hyundai Motor Group
  • Negara: Korea Selatan

– Tampil lain daripada lain dengan pengenalan teknologi motor dalam roda dan sistem pemanduan e-sudut.

– Hyundai Mobis menjadi fenomena baharu dalam dunia automotif apabila keempat-empat roda boleh berputar 90 darjah dan melakukan pergerakan menyeret ke tepi untuk memudahkan parkir.

Baca juga Wow! Honda City Baharu tawar 5 varian. Tampil dengan edisi Petrol & e:HEV RS

– Ditambah baik dengan sistem Lidar, radar dan kamera berdefinisi tinggi, kebanyakan gerakan pemanduan dilakukan secara autonomi.

EV futuristik

Iklan

Mullen Supersonic Edition

  • Keluaran: Mullen Automotive Inc
  • Negara: Amerika Syarikat

– Satu lagi kenderaan utiliti sukan paling agresif diperkenalkan Mullen tahun ini dengan pencapaian pecutan hingga 60mph dalam tempoh dua saat.

– Memiliki transmisi dua kelajuan, seni bina elektrik 800V untuk pengecasan yang lebih pantas dan menawarkan jarak lebih daripada 482.8km.

EV futuristik

– Lengkap dengan sistem maklumat hibur dwiskrin lebar dengan pembantu suara terbina dalam. Harga jualan bermula RM1.4 juta menjelang tahun 2025 nanti.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang