SINGAPURA antara destinasi percutian popular yang menjadi pilihan ibu bapa membawa anak-anak berlibur sepanjang cuti sekolah tanpa perlu ambil off yang panjang.

Bukan saja dekat dengan negara kita, malah nak masuk ke sempadan Kota Singa itu sudah cukup mudah dengan pengangkutan awam atau kenderaan sendiri.

Even staycation untuk sehari pun sudah puas buat si kecil jika kalian pandai susun cantik itinerari.

Antara destinasi wajib ada dalam list seperti Universal Studios Singapore, Pulau Sentosa dan Gardens by the Bay.

Singapura

Sudah tentunya antara pilihan anak-anak untuk berlibur sepuas hati.

Mana tidaknya, satu-satunya Universal Studios pertama di Asia Tenggara itu menyediakan 24 permainan, pertunjukan dan tarikan bersama tujuh zon bertema.

Singapura

Kalau berani, uji adrenalin kalian dengan menaiki roller coaster berkembar, Battlestar Galactica atau bermain permainan Jurassic Park dan banyak lagi.

Singapura

Menarik sepanjang cuti sekolah, Gardens by the Bay menawarkan keseronokan buat si comel untuk menguji emosi mereka dengan filem animasi popular, Inside Out 2 dan Pixar.

Sempena Festival Kanak-kanak Gardens by the Bay edisi ke-10, anak-anak boleh bermain di kawasan interaktif dengan watak Joy, Anger, Sadness, Fear, Disgust, Anxiety, Envy, Ennui dan Embarrassment di Supertree Grove.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Gardens by the Bay, Felix Loh berkata, penganjuran aktiviti percuma itu berlangsung hingga 22 Jun demi menggembirakan anak-anak.

“Kami teruja untuk berkolaboratif bersama Disney sempena Festival Kanak-Kanak Gardens by the Bay untuk tahun ini supaya si kecil dapat belajar tekanan dan emosi dengan cara menyeronokkan.

Singapura

“Lebih penting lagi, acara ini akan membolehkan keluarga menjalin hubungan yang erat dan menghabiskan masa yang bermakna bersama-sama,” katanya.

Apa yang menarik tentang Festival Kanak-Kanak Gardens by the Bay? Berikut perincian:

Singapura

Kaleidoscope of Memories
– Replika gergasi penyimpanan memori jangka masa panjang tak ubah seperti dalam movie dibina untuk menambah keterujaan pengunjung cilik.

Singapura– Memory Orbs yang berwarna-warni dan bercahaya menjadikan suasana nampak menarik, ditambah imbasan kod QR membolehkan pengunjung memilih watak untuk memuat naik memory orbs anda sendiri.

Singapura

Mood Swings
– Kawasan rekreasi lengkap dengan buaian untuk si kecil menghabiskan masa selepas penat bermain dan menerokai festival berkenaan.

Iklan

Baca juga Sedapnya Mi Siam Singapura ini, cukup rasa lemak, pedas, masam dan manis. Memang padu!

Singapura

Expression Doodles
– Rekaan emosi sedih dan malu memberi peluang kepada anak-anak untuk mengekpresi diri menerusi lukisan yang akan muncul di hadapan skrin.

Singapura

Emotion Mirrors
– Bolehkah anda kekal tenang jika berada di ruang penuh helah ini?
– Diilhamkan oleh emosi ketakutan dan kebimbangan, cuba selesaikan pagar sesat cermin dan permainan wayar gergasi bersama anak.

Baca juga Tambang murah untuk ke Borneo, Thailand & Singapura, diskaun harga cecah hingga 25 peratus

Singapura

Fort Pillowtown
– Antara ruang yang menyeronokkan yang diilhamkan oleh Ennui yang mana kanak-kanak boleh berbaring dan bersantai sambil berimaginasi.
– Kubu bantal yang selesa untuk mereka bermain sampai puas.

Iklan

Singapura

Apa kata, sudah puas bermain di festival tersebut, kalian isi perut di lokasi viral yang disarankan ramai. Antaranya lorong Haji Lane, Ya Kun, Tiung Baharu dan 328 Katong Laksa.

Pastikan yang enak dan dijamin halal ya kalian!

Singapura

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee