TELEGRAM menambah baik ciri terbaharu buat pengguna yang gemar berkongsi pesanan suara atau rakaman video pendek dengan kenalan atau ahli keluarga.

Jenama itu dalam akaun X mendedahkan, penambahbaikan melalui ciri view once tersebut antara sebahagian perincian terkini yang diperkenalkan aplikasi berkenaan sejak Januari lalu.

Menariknya, pengguna boleh memberhentikan seketika rakaman video atau pesanan suara ketika dihantar kepada penerima.

Kalau diikutkan sebelum ini, Telegram sudah memperkenalkan view once untuk ciri perbualan antara individu pada September lalu.

Telegram

Pun demikian, jenama terkemuka itu menambah baik view once dengan kelebihan pesanan suara dan rakaman video.

Bagaimana cara mudah untuk menggunakannya? Kalian hanya perlu menekan ikon mikrofon pada aplikasi tersebut untuk merakam suara.

 

Jika mahu memaparkan ikon view once, anda perlu menarik ikon mikrofon ke atas jer.

Dengan cara sedemikian, sesiapa saja boleh melihat video atau mendengar pesanan untuk percubaan sekali saja.

Telegram

Sama seperti ciri mikrofon yang boleh berubah menjadi ikon video pada aplikasi WhatsApp untuk perbualan peribadi atau group, cuma ciri yang diperkenalkan Telegram boleh dilihat oleh semua tanpa halangan.

Baca juga WhatsApp tergendala lebih 6 jam, pengguna Telegram naik mendadak, 70 juta sehari

Lagi satu, kawalan read time juga merupakan ciri baharu yang boleh kalian cuba dalam aplikasi masing-masing nanti.

Telegram

Kenapa perlu ada kawalan read time?

Okey, ciri view once membenarkan orang ramai untuk menghentikan seketika atau memulakan semula rakaman video atau suara melalui menu yang sama.

Jadi, ia menunjukkan waktu perbualan antara individu boleh dibaca oleh orang lain. Bagaimanapun perincian tersebut boleh dimatikan melalui tetapan.

Telegram

Lebih privasi buat pengguna berbayar, mereka boleh menyembunyikan read time, tetapi pada masa sama, masih boleh melihat read time individu lain jika dikongsi secara terbuka.

Iklan

Baca juga Elak orang yang tidak dikenali ‘add’ anda dalam grup bukan-bukan dalam WhatsApp dan Telegram. Ini caranya

Lagi kelebihan buat pembayar pakej premium, mereka boleh memilih kenalan atau sesiapa saja untuk membaca mesej terlebih dulu.

Telegram

Hanya klik pada opsyen everyone atau my contact and premium user jer.

Semua pembaharuan itu menurut label tersebut adalah pendekatan untuk penyesuaian channel yang lebih baik.

Baca juga Seperti ‘one stop centre’, ini senarai Channel Telegram menarik perlu disertai

Pada masa sama, ciri perlindungan penyulitan end-to-end juga diperkenalkan untuk mengurangkan penggunaan bateri yang keterlaluan.

Iklan

Telegram

Siapa sudah cuba features baharu yang ditawarkan ini? Boleh share pengalaman kalian di ruang komen kami nanti ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang