SEBUT jer nama Johor, mesti sudah terbayang keunikan taman laut yang cantik persis Maldives.

Lagi best, negeri Harimau Selatan itu mempunyai keistimewaan yang mungkin tiada di tempat lain. Ini termasuklah lima taman negara yang tampil dengan kelainan tersendiri.

Ia terdiri Taman Negara Endau-Rompin, Taman Negara Selai, Taman Negara Gunung Ledang, Taman Negara Pulau Kukup dan Taman Negara Tanjung Piai.

taman laut johor

Paling membanggakan, Taman Negara Pulau Kukup diiktiraf sebagai pulau paya bakau antara yang terbesar di dunia, selain menjadi lokasi burung migrasi.

Taman Negara Tanjung Piai tak kurang hebatnya kerana mempunyai titik lokasi penghujung selatan benua Asia.

taman laut johor

Kalau cerita bab pulau pula, memang superb kerana di sini memiliki warisan geologi unik. Kepulauan yang terdapat di Geopark Mersing, misalnya mempunyai formasi batu lava yang berusia lebih 200 juta tahun.

Selain itu, Taman Laut Sultan Iskandar di Mersing juga satu-satunya lokasi tumpuan dugong di negara ini. Memang wow!

taman laut johor

Perkongsian Facebook Visit Johor juga menarik kerana menyenaraikan banyak pilihan destinasi percutian berkonsepkan ekopelancongan yang boleh dipertimbangkan.

Daripada kesemua senarai tersebut, SinarPlus listkan lima opsyen yang boleh kalian pilih jika merancang untuk bercuti di sana.

Berikut perincian info ringkas:

taman laut johor

taman laut johor

Teluk Penyabung Resort
Alamat: Jalan Kampung Baru Penyabong, Kampung Penyabong, Endau, Johor
Waktu operasi: 24 jam
Pakej: Bermula RM130 hingga RM250
Facebook: Teluk Penyabung Resort

Baca juga Ini 4 destinasi taman tema air indoor di Pulau Pinang. Tak perlu berpanas, mak-mak pun senang nak pantau anak-anak

taman laut johor

taman laut johor

taman laut johor

Temalah Cove
Alamat: Pantai Temalah, Tanjung Sedili, Johor
Waktu operasi: 24 jam
Pakej: Bermula RM1,500 hingga
Facebook: Temalah Cove

taman laut johor

Iklan

Sinar Eco Resort
Alamat: Lot 2346, Kampung Sungai Molek, Mukim Jeram Batu, Pekan Nanas, Pontian, Johor
Waktu operasi: 24 jam
Pakej: Bermula RM40
Facebook: Sinar Eco Resort

 

taman laut johor

Sungai Johor Eco Retreat
Alamat: Ladang Basir Ismail, Sungai Johor Eco Retreat, Kota Tinggi, Johor
Waktu operasi: 24 jam
Pakej: Bermula RM220
Facebook: Sungai Johor Eco Retreat

Baca juga Rumah kayu atas pokok, keunikan Rainforest Tree House jadi tarikan di Kulai, Johor

taman laut johor

Muo Resort
Alamat: 8-2, Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor
Waktu operasi: 24 jam
Pakej: Bermula RM110
Facebook: MUO Resort

Iklan

taman laut johor

Memang menarik, kan? Kalau anda plan berlibur di Johor, bolehlah usha pilihan destinasi yang disenaraikan itu mengikut bajet masing-masing.

Okey! Selamat berhujung minggu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee