PERNAH tak alami masalah tudung susah nak dibentuk ketika nak pakai? Lebih-lebih lagi yang diperbuat daripada kapas. Ini kerana, fabrik jenis itu cukup sensitif dengan haba yang tinggi.

Situasi ini sering berlaku apabila anda tersalah masuk ke mesin pengering menyebabkan tudung tersebut rosak atau sudah tak cantik ketika dipakai.

Ini kerana, permukaan tudung menjadi rosak dan hampir pasti tidak dapat digunakan lagi. Kesan kedutan pada tudung sukar hilang walaupun selepas diseterika beberapa kali.

Baca ni Kreatif sungguh! Wanita kongsi cara DIY tempat sangkut tudung lepas iron raih perhatian ramai

Guru
Gambar sekadar hiasan

Sayang kalau nak buang lebih-lebih lagi jika itu tudung kesayangan anda.

SinarPlus ada terbaca satu tip yang simple tapi unik untuk mengatasi masalah tersebut. Caranya adalah dengan menggunakan peti sejuk beku atau freezer. Rare, kan?

Perkongsian tersebut dimuat naik seorang pengguna Facebook bernama Eizus Inaizus.

Baca juga Lelaki ini DIY almari tudung untuk isteri dengan modal RM109 Sahaja. Murah, cantik dan kemas. Kreatifnya!

Baca lagi Elak cuci tudung guna mesin basuh, ikuti 5 langkah mudah ini

Baca lagi 5 Tip mudah penjagaan tudung

DOA AZ
Gambar sekadar hiasan

Nak tahu cara, jom baca di sini:

“Menjadi sungguh tip bekukan tudung dalam freezer.

“Lompat bintang kejap aku tadi sebab tudung ni dah boleh pakai. Paling teruk terkesan tudung yang ni lah, berkedut dan kalau pakai awning memang tak on point dah.

“Tudung bawal jenama apa pun boleh bekukan sebab aku dah cuba untuk yang tak de brand pun berjaya,” ujarnya.

Iklan

Baca juga Manis bertudung bawal, penampilan anggun Tengku Permaisuri Selangor selepas tunai haji jadi tumpuan warganet

Baca lagi Bawal Exclusive akan tetap setia dengan kilauan batuan Swarovski

Baca lagi Anggun dan manis, DOA by AZ Pemurah tampil dengan edisi kedua bertemakan floral

Resipi tudung bawal beku:
– Ambil tudung bawal lalu masukkan ke dalam freezer.
– Tunggu lah sehari semalam.Kemudian, keluarkan ia. Bilas lalu keringkan.
Gosok tudung tersebut dan siap untuk dipakai.

Iklan

Memang rare, kan tip yang dikongsikan ini. Selamat mencuba!

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang