[VIDEO] Tak diundang gara-gara makanan tak halal, wanita ini beruntung jiran ganti beri KFC

JIRAN yang baik merupakan satu anugerah terindah, tambahan pula jika hidup dalam komuniti berbilang kaum.

Sebenarnya, bukan mudah untuk membiasakan diri tinggal bersama mereka yang berlainan agama dan bangsa kerana banyak adat dan budaya mereka masih belum dapat dihadam.

Pun begitu, hidup dalam komuniti yang pelbagai tak susah mana.

Apa yang diperlukan adalah sikap saling hormat-menghormati.

Bercakap tentang soal itu, SinarPlus begitu tersentuh dengan satu rakaman yang dikongsikan oleh pengguna media sosial TikTok @eikinhanipah baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi 7 saat itu, ia antara lain menceritakan tentang pasangan berbangsa Cina yang tinggal bersebelahan rumah tidak menjemput beliau ke majlis sambutan ulang tahun anaknya.

Iklan
Iklan
@eikinhanipah It tooks an effort to do this though and i do appreciate this. Thank youuuu Ah Kit & Family ❤️ nanti i belanja u fried mihun my mom buat yang wife u suka 😁 #satumalaysia #noracistnoproblem #kitahidupamandamai ♬ Эта любовь – Amirchik

Difahamkan, juadah yang dihidangkan tidak halal menjadi faktor dirinya tidak diundang.

Namun begitu, jiran berkenaan membelikan wanita itu KFC sebagai pengganti!

Perkongsian rakaman tersebut telah mendapat sebanyak 2.4 juta penonton.

Rata-rata warganet berbangga dengan sikap yang ditampilkan oleh pasangan Cina yang dikenali sebagai Ah Kit dan Yuki.

Ramai yang menzahirkan rasa bangga dengan sikap perpaduan di antara dua bangsa itu, bahkan ada juga pengguna TikTok berbangsa Cina turut meninggalkan komen.

Baca juga: “Baby tunggu daddy balik baru nak keluar” – Ziyad Zolkefli syukur sambut sendiri kelahiran anak ketiga

“Menarik ada jiran baik hati, dia memang pandai menjaga silaturahim masyarakat.”

“Dapat jiran yang baik merupakan salah satu rezeki juga. Alhamdulillah.”

“Seronok saya tengok, we are all like brothers and sisters because we are Malaysian.”

“Ayah saya ada ramai kawan-kawan Melayu, jadi sewaktu abang sulung berkahwin, ayah saya tempah catering yang halal terus, tak perlu pening-pening.”

“Setiap kali Hari Natal dan Hari Dayak, kami juga buat begini. Kami pun ambil catering halal untuk rakan-rakan Muslim.”

Lihat, siapa kata masyarakat Malaysia tidak harmoni? Semuanya baik-baik sahaja.

Nasihat SinarPlus, elakkan sentimen berbaur provokasi, sebaliknya tekankan sikap toleransi dan hormat-menghormati sesama jiran tetangga.

Baca juga: Tak tahan hasil tanaman sering dirembat jiran, tuan rumah nekad rakam aksi pencuri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Share
Syamira Liana Nor Ashaha

Published by
Syamira Liana Nor Ashaha

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

2 days ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

2 days ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

2 days ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

2 days ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

2 days ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

2 days ago